SMK PENGKALAN CHEPA 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA 1, JALAN MAKTAB, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN, DARUL-NAIM e-mail: smkpchepa1@yahoo.com Tel: 09-7713840

Monday, June 28, 2010

LAMAN WEB SMKPC1 BARU

Sukacita dimaklumkan bahawa penulis baru saja menyiapkan laman web SMKPC1 yang baru. Sila layari http://www.smkpc1.edu.my. Sebarang komen atau cadangan untuk memurnikan laman web ini amat diharapkan. Sila email: wanyusof@smkpc1.edu.my. Terima Kasih....

Thursday, June 3, 2010

SEMUA PELAJAR PRA-U SMKPC1

Sila klik pada panitia pengajian am. Terdapat tugasan yang perlu disiapkan pada musim cuti ini.Selamat bercuti dan selamat membuat esei...

Wednesday, April 28, 2010

Program Hari Bicara Ilmu Peringkat SMKPC1 Tahun 2010






Pertandingan pidato berjaya diadakan di peringkat sekolah anjuran unit ko-kurikulum dengan kerjasama panitia BM.

Sunday, April 18, 2010

HARI MESRA IBU BAPA CALON PMR, SPM & STPM

Pihak sekolah akan mengadakan majlis hari mesra bersama ibubapa calon pelajar PMR,SPM & STPM pada 21 April 2010 untuk PMR dan pada 24 April 2010 untuk calon SPM & STPM bermula jam 10 pagi di Dewan Besar SMKPC1.

Semua ibu bapa calon pelajar yang akan menghadapi peperiksaan di atas dijemput untuk menjayakan majlis tersebut demi untuk kecemerlangan anak-anak.

Ceramah keibubapaan turut disediakan yang akan disampaikan oleh Mufti Negeri Kelantan iaitu YBSS Dato'Haji Mohamad Syukri Bin Mohamad dan YBRS Ust.Mohamad Bin Senik, Pensyarah Kolej Teknologi Darulnaim.

Saturday, April 17, 2010

Program Jom Ke Sekolah



Tidur & sarapan rahsia kekal cergas

SIBUK berkerja/belajar hingga tiada masa untuk berehat? Apabila tiba malam, mata sukar terlelap dan keesokan harinya, anda terpaksa bangun awal. Namun, anda bangun lewat dan tidak sempat bersarapan. Sampai sahaja di pejabat/sekolah, anda terus memulakan tugasan. Masuk waktu tengah hari anda sudah berasa letih. Ini menyebabkan anda tidak bersemangat membuat kerja/belajar.

Berdasarkan kajian berkenaan tekanan yang dijalankan pada akhir tahun lalu oleh jenama produk tenusu, Magnolia, 63 peratus daripada responden yang terdiri daripada orang dewasa muda Malaysia yang tinggal di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia selalunya tidur selepas pukul 12 tengah malam. Manakala 55 peratus daripada mereka sentiasa terasa letih sepanjang masa. Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa 73 peratus daripada mereka memerlukan rangsangan tenaga untuk menghadapi cabaran harian.

Tidur yang berkualiti dan sarapan berkhasiat kurang diambil berat oleh para pemuda yang bekerja disebabkan oleh jadual harian mereka yang sibuk.

Memahami trend kehidupan di kalangan orang muda Malaysia yang membimbangkan ini, Magnolia baru-baru ini melancarkan kempen gaya hidup 'Selamat malam, Selamat pagi (Good Night, Good Morning). Menerusi usaha ini, jenama produk tenusu yang mantap ini menyeru golongan muda yang sentiasa bekerja untuk menggalakkan mereka mempertingkatkan produktiviti dan merasa cergas sepanjang hari. Caranya mudah iaitu tidur nyenyak yang mengembalikan tenaga pada waktu malam dan sarapan yang berkhasiat pada waktu pagi.

Menurut pakar panel kempen ini, Dr. Edward Chan, yang juga adalah Perunding Psikologi Prinsipal untuk Persatuan Psikologi Malaysia (www.psychology.com.my), dan salah satu daripada ahli pengamal Malaysia Association of Psychotherapy, rehat yang optimum pada waktu malam dan makanan yang berkhasiat pada waktu pagi merupakan cara terbaik untuk menyediakan diri untuk menghadapi cabaran akan datang.

Malangnya golongan muda cuba mencapai sebanyak yang mungkin setiap hari demi kerja dan persaingan. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kebanyakan mereka terpaksa menanggung terlalu banyak tanggungjawab demi menyara diri dan keluarga mereka. Kadang-kala, beban ini ditambah pula dengan hubungan yang tidak menggembirakan dan kesesakan lalu lintas setiap hari.

"Tanpa perlu dijelaskan lagi, golongan muda yang bekerja kini hidup dengan bebanan tekanan dan kerisauan yang membimbangkan. Ini merupakan faktor utama gangguan tidur pada waktu malam," kata beliau.

Dr. Chan menerangkan tanpa rehat yang mencukupi pada waktu malam, seseorang akan merasa pening dan terganggu sepanjang hari. Emosi pula akan menjadi tidak stabil dan sukar membuat pertimbangan yang jelas. Akhirnya, mereka mungkin akan melakukan pelbagai kesilapan dan ini hanya akan menambah tekanan dan turut memberi kesan yang lebih serius untuk tidur pada waktu malam.

Selain daripada tidur yang optimum, sarapan pagi yang penuh berkhasiat juga penting untuk meningkatkan tahap tenaga dan produktiviti seseorang.

"Malangnya, tekanan akan menjejaskan selera makan dan menyebabkan orang tergesa-gesa pada waktu pagi. Akibatnya, ramai orang yang bekerja tidak bersarapan tanpa menyedari bahawa tabiat ini membawa keburukan kepada produktiviti harian. Tanpa sarapan, anda akan berasa cepat letih dan tidak selesa sepanjang hari. Ini akan memburukkan lagi keadaan saraf yang sentiasa keletihan dan seterusnya menjejaskan tidur anda sekali lagi," terang beliau.

Dr. Chan juga mengingatkan bahawa tekanan yang tidak terkawal akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, termasuklah gangguan kardiovaskular, gangguan makanan dan penghadaman, kemahiran sosial yang terganggu dan juga mengurangkan libido.

Kempen gaya hidup Magnolia ini disasarkan kepada golongan muda bekerja dengan menjemput mereka mencuba susu ini. Selain daripada sampel susu, Magnolia turut mengedarkan risalah gaya hidup yang menarik, menampilkan sesi soalan lazim mengenai tekanan untuk membantu mereka yang bekerja untuk mengenal pasti tahap tekanan mereka di samping memberikan maklumat akan cara mengurangkan tekanan berdasarkan keputusan soalan lazim mereka.

Menurut Pengurus Jenama Magnolia, F&N Dairies (M) Sdn Bhd, Liew Ching Ching, untuk membantu golongan muda yang bekerja supaya dapat mengawal tahap tekanan mereka dan kekal bertenaga, Magnolia menggalakkan dua tabiat gaya hidup yang mudah.

Pertama, mengoptimumkan masa tidur pada waktu malam dan makan sarapan yang berkhasiat pada waktu pagi untuk memulakan hari mereka.

Susu lemak rendah Magnolia Good Night mengandungi laktium, sejenis protein susu yang unik, diperkembangkan dari Perancis, mempunyai fungsi untuk merehat dan menenangkan saraf supaya badan bersedia untuk tidur dengan lena dan nyenyak.

Selepas tidur nyenyak pada waktu malam, bermula dengan pagi yang segar. Walau bagaimanapun, permulaan hari yang segar tidak akan lengkap sekiranya kekurangan rangsangan yang berkhasiat. Maka, sarapan berkhasiat diambil bersama susu Magnolia Good Morning mungkin dapat mengekalkan kecergasan dan lebih bertenaga.

Wednesday, April 14, 2010

HADIAH SEDANG MENANTI ANDA!!

CEPAT....
Banyak hadiah sedang menanti anda. Mudah saja...

Sertailah Pertandingan Merekacipta Laman Web atau Blog... Banyak hadiah menarik disediakan. Anda cuma perlu mendaftar alamat laman web atau blog anda kepada Cikgu Wan Yusof atau Cikgu Nik Selma. Laman web atau blog anda mestilah berbentuk ilmiah. Sila rujuk kepada poster yang telah diedarkan setiap kelas atau papan-papan kenyataan. Sila berurusan dengan penama di atas berhubung dengan perkara ini.

SELAMAT MEMBINA LAMAN WEB ATAU BLOG.
BIKAK ICT KECEMERLANGAN DILESTARI

Tuesday, March 23, 2010

Majlis Pelancaran Pelajar Target PMR, SPM & STPM Tahun 2010

PELAJAR TARGET STPM


PELAJAR TARGET PMR

PELAJAR TARGET SPM



Sunday, March 7, 2010

Mesyuarat Agong PIBG Tahun 2010




Mesyuarat Agong PIBG SMKPC1 telah di adakan pada hari jumaat pada jam 8 pagi. Kehadiran para ibu bapa amat menggalakkan.

Tuesday, March 2, 2010

Blog SMKPC1 Baru...

Makluman...
Anda boleh melayari blog baru SMKPC1 iaitu http://www.smkpc1.wordpress.com. TQ

Monday, March 1, 2010

Orang Terkaya Di Malaysia

Bekas Raja Gula, Robert Kuok Hock Nien terus mengekalkan kedudukan di tempat teratas sebagai orang terkaya di Malaysia apabila nilai kekayaannya meningkat sebanyak RM16.1bilion kepada RM42.7 bilion.

Tahun lalu, nilai kekayaan Robert Kuok adalah sebanyak RM26.6 bilion.

Tempat kedua dikuasai oleh 'orang kuat' industri telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dengan nilai kekayaan berjumlah RM27 bilion.

Tempat ketiga pula jatuh kepada taikun perladangan, IOI Corporation Bhd., Tan Sri Lee Shin Cheng dengan nilai kekayaan sebanyak RM11.92 bilion.

Malaysian Business dalam kenyataannya mendedahkan nilai kekayaan 40 orang terkaya Malaysia setakat pada 15 Januari 2010 berjumlah RM156.7 bilion berbanding RM96.3 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu mewakili kenaikan sebanyak 63 peratus.

Sehingga pertengahan tahun ini, pertambahan nama dalam senarai orang terkaya negara dijangka berlaku sebanyak 50 peratus lagi.

Setakat ini, Malaysia mempunyai 22 orang terkaya, meningkat berbanding pada tahun lalu.

"Nilai kekayaan pada tahun ini secara keseluruhannya menyusut sedikit berbanding 2008, jatuh RM171.9 bilion,.

Tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow pula berada di kedudukan keempat terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak RM10.86 bilion.

Berada di kedudukan kelima terkaya adalah Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group dengan nilai kekayaan sebanyak RM10.38 bilion.

Manakala tempat keenam diisi oleh Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group dengan nilai kekayaan RM7.09 bilion.

Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM6 bilion.

Tempat kelapan dikuasai oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, orang kuat syarikat konglomerat hiburan dan perjudian Genting Group.

Puan Sri Lee Kim Hua dan tempat kesembilan menjadi milik Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dengan nilai kekayaan sebanyak RM3.5 bilion.

Menduduki carta ke 10 merupakan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Tempat ke sebelas pula jatuh kepada guru SMKPC1, Noor Saadi Mat Daud dengan nilai kekayaannya melebihi RMsssssssssssss.

Monday, February 15, 2010

Program Merentas Desa Peringkat Sekolah

SMKPC1 telah mengadakan Program Merentas Desa pada 11 Februari 2010. Banyak gambar-gambar yang akan dipaparkan. Aktiviti ini tidak membebankan pelajar dan dapat dijalankan dengan kaedah yang menyeronokkan. Aktiviti ini dapat melahirkan atlet yang berdisiplin dan berilmu.

Tuesday, February 9, 2010

Program Menjana Generasi Berilmu







Program ini adalah satu gerakan untuk mencetuskan kesedarn dalam kalangan warga sekolah tentang pentingnya menguasai ilmu.

Para guru berpeluang menyerahkan segala hasil kerja untuk kecemerlangan pelajar dalam bentuk CD untuk memberi peluang kepada para pelajar meminjam dan menerokai ilmu dalam CD tersebut.

SOLAT HAJAT DI PADANG SEKOLAH

SOLAT HAJAT DI PADANG SEKOLAH

SUDUT ANJUNG WARISAN BUDAYA

SUDUT ANJUNG WARISAN BUDAYA

PK PETANG

PK PETANG
RAHIMI B MAMAT

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PENYELARAS PSS

PENYELARAS PSS

WEB MASTER

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lulusan Sarjana Muda Pengurusan(Kepujian) USM 1989