SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA 1, JALAN MAKTAB, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN, DARUL-NAIM e-mail: smkpchepa1@yahoo.com Tel: 09-7713840

Wednesday, March 11, 2009

Senarai terbaru 20 terkaya di dunia

Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009 yang dikeluarkan Majalah Forbes pada 11 MAc 2009

0. Irwan Bin Mahmod (AS$40.1 bilion - SMKPC1)

1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)

3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

Saturday, March 7, 2009

Mengingati Rasulullah sepanjang masa

AKU kesayangan Allah (dan tidak bongkak). Aku membawa panji ‘Pujian’ pada hari kiamat, di bawahnya Adam dan yang sesudahnya (dan tidak bongkak). Aku yang pertama pemberi syafaat dan yang diterima syafaatnya pada hari kiamat (dan tidak bongkak). Aku yang pertama menggerakkan pintu syurga dan Allah membukanya untukku dan aku dimasukkan-Nya bersama-sama orang beriman yang fakir (dan tidak bongkak). Dan Akulah paling mulia dari kalangan terdahulu dan terkebelakang di sisi Allah (dan tidak bongkak)," maksud sabda Baginda SAW yang diriwayatkan Tirmizi.

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik untuk kamu." (Surah al-Ahzab ayat 21)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud, "Adalah akhlaknya (Rasulullah SAW) sebagai akhlak al-Quran." (Hadis riwayat Muslim)

Ia menunjukkan akhlak Baginda SAW adalah sempurna kerana Baginda mengamalkan segala ajaran dalam al-Quran. Inilah salah satu sebab mengapa seluruh umat manusia diperintahkan supaya mencontohi Baginda.

Sesungguhnya Allah mengutuskan Rasulullah SAW kepada manusia untuk menjadi contoh terpilih. Baginda juga contoh, gambaran pelaksanaan yang sempurna lagi tinggi untuk kesempurnaan manusia sejagat.

Tidak syak lagi kepada umat Islam bahawa sekiranya mereka mengikuti keperibadian Rasulullah SAW yang mulia, sesungguhnya mereka adalah manusia yang mempunyai ciri kepemimpinan agung, yang sentiasa mendapat kasih dan restu daripada Allah.

Rabiulawal adalah bulan bersejarah bagi umat Islam kerana dalam bulan inilah junjungan kita Rasulullah SAW diputerakan. Hari keputeraan ini disambut oleh umat Islam untuk mensyukuri rahmat Allah yang menurunkan seorang pemimpin yang sudah mengubah suasana dan keadaan hidup manusia ke arah kejayaan. Di samping itu, ia sebagai satu saranan untuk mengenang serta mengimbas kembali perjuangan Baginda yang penuh dengan rintangan, bagi membetulkan akidah umat, serta untuk kemanusiaan dan keadilan sejagat.

Selaku Nabi dan Rasul, Baginda sudah menerima amanah daripada Allah dengan penuh tawakal dan ketaatan yang menjadikan Baginda itu sentiasa berjaya dan mendapat pertolongan.

Baginda SAW adalah seorang rasul yang mempunyai darjat kelebihan daripada nabi, rasul yang lain. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 253 yang bermaksud: "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan tertentu) di antara mereka ada yang berkata-kata dengan Allah dan ditinggikan (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan."

Kita mencintai Rasulullah kerana Baginda mempunyai peribadi yang tinggi. Rasa cinta kita kepadanya tidak cukup jika kita lahirkan dengan kata-kata dan sambutan yang pelbagai cara, tetapi mesti dilahirkan dengan meniru sifat peribadi yang mulia. Kerana sifat-sifat peribadi yang mulia inilah Rasulullah SAW disanjung tinggi dan dapat memandu manusia dan mengubah suasana kehidupan manusia ke arah yang lebih cemerlang dan lebih bahagia bukan saja di dunia bahkan di akhirat.

Di antara sifat Rasulullah SAW yang patut kita hayati ialah Baginda sentiasa bersifat benar dalam semua keadaan. Baginda tidak pernah berdusta dan tidak pula menyeleweng dalam tingkah laku; Baginda bersifat amanah sejak kecil hingga diberikan gelaran al-Amin dan diberikan kepercayaan membawa dagangan Siti Khadijah seterusnya Allah melantiknya menjadi seorang Rasul akhir zaman; Baginda bersifat adil tidak memihak dalam membuat hukuman walaupun terhadap keluarganya sendiri. Ini telah ditegaskan dengan sabdanya yang bermaksud: "Demi Allah seandainya anakku Fatimah mencuri nescaya aku potong tangannya."

Di samping itu, Baginda mempunyai keyakinan diri. Dengan keyakinan dan ketabahan itu menyebabkan agama Islam tersebar hingga ke hari ini; Baginda juga berusaha dengan rajin dan tekun. Ini dapat dilihat daripada apa yang dilakukan olehnya dari sejak kecil dengan bekerja sebagai pengembala kambing dan ketika remaja berniaga dan akhirnya ia berdakwah menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah dan memperbaiki kepincangan masyarakat; dan Baginda adalah seorang yang cekal dan cekap menjalankan tugasnya di semua bidang seperti pengurusan rumah tangga, pentadbiran negara dan di medan perang; serta Baginda juga mempunyai sifat kesungguhan dalam usahanya menyebarkan agama Islam, menyatupadukan umat dan melakukan ibadah kepada Allah. Baginda tidak mudah putus asa walaupun menghadapi tekanan daripada puak Quraisy.

Perkara di atas adalah satu pegangan yang wajib dimiliki oleh setiap Muslim mengenai nabi mereka. Kecintaan kita kepada Junjungan adalah tanda wujudnya iman dalam diri kita. Sabda Baginda maksudnya: “Tidaklah seseorang itu dikatakan beriman hingga aku lebih dicintai daripada ayahnya, anaknya dan seluruh manusia.” (Hadis riwayat Bukhari)

Umat Islam hari ini kurang memperhatikan hakikat di atas. Mereka menjadikan selain Muhammad SAW sebagai idola mereka. Mereka lebih mencontohi si polan dan si polan dari mencontohi Muhammad SAW. Mereka lebih sebati jiwa dan raga mereka dengan si anu dan si anu daripada sebati jiwa dan raga mereka dengan Muhammad SAW. Sehingga akhirnya mereka lebih mengutamakan perkataan, perbuatan dan persetujuan yang dikeluarkan oleh manusia, selain Muhammad SAW.

Mereka berkata bahawa mereka beriman kepada Muhammad SAW. Tapi ketika dianjurkan kepada mereka perkataan, perbuatan, dan persetujuan Baginda, mereka menutup mata.

Mereka berkata bahawa mereka pengikut Muhammad SAW. Tapi ketika ditunjukkan kepada mereka perkataan, perbuatan, dan persetujuan Baginda mereka menutup telinga.

Mereka berkata bahawa mereka mencintai Muhammad SAW. Tapi ketika dihadapkan kepada mereka perkataan, perbuatan, dan persetujuan Baginda mereka menutup mulut.

Itulah realiti yang dihadapi umat Islam masa kini. Mereka mengingati Muhammad SAW hanya apabila mereka sedang dalam surau, masjid dan majlis. Tapi ketika mereka keluar, yang mereka ingat adalah selain Muhammad SAW. Padahal perkataan, perbuatan dan persetujuan Muhammad SAW bersifat sederhana dan tidak menyusahkan dan memberatkan. Baginda bersabda maksudnya: “Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan berselisih faham dengan nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).” (Muttafaq ‘alaihi)

Betapa mulia dan tingginya Muhammad SAW seperti dalam hadis pada permulaan renungan ini dia ia sudah cukup untuk menjadi bukti kewajipan mengidolakan Baginda. Mahukah kita dekat dengan Baginda kerana mengidolakan Baginda? Jika mahu, Baginda pun memberikan satu jalan dalam sabda Baginda bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak membaca selawat kepadaku." (Hadis riwayat Tirmizi) Allahumma salli ‘ala Muhammad.

SOLAT HAJAT DI PADANG SEKOLAH

SOLAT HAJAT DI PADANG SEKOLAH

SUDUT ANJUNG WARISAN BUDAYA

SUDUT ANJUNG WARISAN BUDAYA

PK PETANG

PK PETANG
RAHIMI B MAMAT

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PENYELARAS PSS

PENYELARAS PSS

WEB MASTER

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lulusan Sarjana Muda Pengurusan(Kepujian) USM 1989