SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA 1, JALAN MAKTAB, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN, DARUL-NAIM e-mail: smkpchepa1@yahoo.com Tel: 09-7713840

Tuesday, January 5, 2010

Penawar penyakit hati

KETANDUSAN hati dewasa ini adalah suatu penyakit yang ketara di tengah-tengah masyarakat. Ramai yang susah hati, gelisah, tidak merasa tenteram dan tenang, waima kehidupan mereka disaluti kemewahan dan kemudahan.

Oleh itu, benarlah bagai dikata bahawa kebahagiaan hakiki bukanlah terletak kepada kekayaan harta benda dan kekuasaan namun bertitik-tolak pada hati yang sejahtera.

Malahan kebersihan dan kesejahteraan hati ini sangat penting nilaiannya kepada Allah SWT serta balasan di akhirat kelak sebagaimana yang ditegaskan di dalam firman-Nya yang bermaksud: ...(iaitu) pada hari harta dan anak-pinak tidak berguna, kecuali orang yang mengadap Allah dengan hati yang bersih dan (pada hari itu) didekatkanlah syurga kepada orang-orang yang bertakwa dan diperlihatkan dengan jelas neraka jahim kepada orang-orang yang sesat. (al-Syu'ara: 88-91)

Hati ibarat raja yang mengarahkan seluruh anggota tubuh untuk menurut perintah hati. Malahan di hatilah akan terpancar perasaan suka, duka, benci, marah, gembira, sedih dan sebagainya.

Lantaran itu, beruntunglah manusia yang memiliki hati yang suci bersih kerana dia akan melakukan perkara-perkara yang diredai Allah. Sebaliknya, mereka yang memiliki hati yang hitam, kotor serta dikuasai sifat mazmumah, sudah tentulah mereka sengaja menempah jalan kebinasaan, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Allah SWT mengingatkan di dalam al-Quran: Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggungjawab. (al-Israk: 36)

Ini menjelaskan, hati dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku. Ia ibarat seperti penggembala, di mana dia dipertanggungjawabkan sekiranya haiwan gembalaannya itu rosak atau merosakkan tanaman.

Oleh sebab itulah, menjaga hati menjadi keutamaan kepada setiap manusia supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu yang didalangi oleh syaitan. Ini kerana syaitan maklum, untuk menyesatkan umat manusia, ia masuk menyusup ke dalam hati manusia.

No comments:

SOLAT HAJAT DI PADANG SEKOLAH

SOLAT HAJAT DI PADANG SEKOLAH

SUDUT ANJUNG WARISAN BUDAYA

SUDUT ANJUNG WARISAN BUDAYA

PK PETANG

PK PETANG
RAHIMI B MAMAT

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PENYELARAS PSS

PENYELARAS PSS

WEB MASTER

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lulusan Sarjana Muda Pengurusan(Kepujian) USM 1989