SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA 1, JALAN MAKTAB, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN, DARUL-NAIM e-mail: smkpchepa1@yahoo.com Tel: 09-7713840

Tuesday, March 23, 2010

Majlis Pelancaran Pelajar Target PMR, SPM & STPM Tahun 2010

PELAJAR TARGET STPM


PELAJAR TARGET PMR

PELAJAR TARGET SPM



Sunday, March 7, 2010

Mesyuarat Agong PIBG Tahun 2010




Mesyuarat Agong PIBG SMKPC1 telah di adakan pada hari jumaat pada jam 8 pagi. Kehadiran para ibu bapa amat menggalakkan.

Tuesday, March 2, 2010

Blog SMKPC1 Baru...

Makluman...
Anda boleh melayari blog baru SMKPC1 iaitu http://www.smkpc1.wordpress.com. TQ

Monday, March 1, 2010

Orang Terkaya Di Malaysia

Bekas Raja Gula, Robert Kuok Hock Nien terus mengekalkan kedudukan di tempat teratas sebagai orang terkaya di Malaysia apabila nilai kekayaannya meningkat sebanyak RM16.1bilion kepada RM42.7 bilion.

Tahun lalu, nilai kekayaan Robert Kuok adalah sebanyak RM26.6 bilion.

Tempat kedua dikuasai oleh 'orang kuat' industri telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dengan nilai kekayaan berjumlah RM27 bilion.

Tempat ketiga pula jatuh kepada taikun perladangan, IOI Corporation Bhd., Tan Sri Lee Shin Cheng dengan nilai kekayaan sebanyak RM11.92 bilion.

Malaysian Business dalam kenyataannya mendedahkan nilai kekayaan 40 orang terkaya Malaysia setakat pada 15 Januari 2010 berjumlah RM156.7 bilion berbanding RM96.3 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu mewakili kenaikan sebanyak 63 peratus.

Sehingga pertengahan tahun ini, pertambahan nama dalam senarai orang terkaya negara dijangka berlaku sebanyak 50 peratus lagi.

Setakat ini, Malaysia mempunyai 22 orang terkaya, meningkat berbanding pada tahun lalu.

"Nilai kekayaan pada tahun ini secara keseluruhannya menyusut sedikit berbanding 2008, jatuh RM171.9 bilion,.

Tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow pula berada di kedudukan keempat terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak RM10.86 bilion.

Berada di kedudukan kelima terkaya adalah Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group dengan nilai kekayaan sebanyak RM10.38 bilion.

Manakala tempat keenam diisi oleh Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group dengan nilai kekayaan RM7.09 bilion.

Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM6 bilion.

Tempat kelapan dikuasai oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, orang kuat syarikat konglomerat hiburan dan perjudian Genting Group.

Puan Sri Lee Kim Hua dan tempat kesembilan menjadi milik Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dengan nilai kekayaan sebanyak RM3.5 bilion.

Menduduki carta ke 10 merupakan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Tempat ke sebelas pula jatuh kepada guru SMKPC1, Noor Saadi Mat Daud dengan nilai kekayaannya melebihi RMsssssssssssss.

Monday, February 15, 2010

Program Merentas Desa Peringkat Sekolah

SMKPC1 telah mengadakan Program Merentas Desa pada 11 Februari 2010. Banyak gambar-gambar yang akan dipaparkan. Aktiviti ini tidak membebankan pelajar dan dapat dijalankan dengan kaedah yang menyeronokkan. Aktiviti ini dapat melahirkan atlet yang berdisiplin dan berilmu.

Tuesday, February 9, 2010

Program Menjana Generasi Berilmu







Program ini adalah satu gerakan untuk mencetuskan kesedarn dalam kalangan warga sekolah tentang pentingnya menguasai ilmu.

Para guru berpeluang menyerahkan segala hasil kerja untuk kecemerlangan pelajar dalam bentuk CD untuk memberi peluang kepada para pelajar meminjam dan menerokai ilmu dalam CD tersebut.

Sunday, February 7, 2010

Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2010





Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin pelajar dan Pelancaran Bulan Disiplin sekolah telah dirasmikan oleh Yang Setia Ketua Jabatan Siasatan Janayah Komersial Kota Bharu oleh ASP Hussin b Mohd Noor.

Sunday, January 31, 2010

Maksiat Batin Boleh Membawa Bencana

Kita mesti ingat, dalam memperkatakan tentang kesan-kesan negatif maksiat, kita juga mesti mengetahui bahawa maksiat itu bukan sekadar maksiat zahir yang kita lakukan seperti berzina, mencuri, menzalimi orang lain, makan dari sumber yang haram, berjudi, menjual agama kerana dunia, membelakangkan hukum Allah, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan sebagainya.

Termasuk dalam kategori maksiat atau dosa ialah maksiat batin yang kita lakukan dan ia lebih merbahaya kerana sukar dihidu. Di antaranya sifat takbur, riak, sum'ah, kikir, tidak reda dengan qada' dan qadar Allah, tidak yakin dengan rezeki yang Allah tentukan untuk setiap hamba-Nya, merasa ragu terhadap Allah dan sebagainya.

Maka wajib bagi kita mempelajari kedua-dua jenis maksiat ini bagi mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke lembah hina tersebut.

Kemalasan dan kejahilan kita untuk mengenal agama yang kita anuti, akan menyebabkan kita berada terus berada dalam keadaan lalai dan hanyut tanpa sedar.

Lebih malang, di akhirat kelak, kita ditahan masuk syurga Allah akibat dosa dan maksiat yang kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari.

Lihatlah seperti apa yang berlaku pada hari ini. Umat Islam ditimpa musibah apabila terdapat golongan yang berani mempersendakan agama mereka dan merobek hak mutlak Allah.

Nama Allah yang teragung dipermainkan-mainkan oleh penganut agama lain sehingga Lafz al-Jalalah (kalimah teragung) digunakan dan diberikan kepada sembahan yang batil.

Lantaran kejahilan ilmu dan kedangkalan jiwa yang tidak pernah dirawat, ramai umat Islam yang terpedaya dan tidak merasa sensitif apabila maruah dan kehormatan agama mereka dipersenda.

Lantaran kedangkala hati juga, kita mengambil tindakan yang salah untuk menangani isu ini yang akhirnya mengundang kerugian dan keruntuhan kepada umat Islam sendiri. Kita pohon perlindungan Allah daripadanya.

Tuesday, January 12, 2010

Pungutan dan Pembahagian Zakat

Allah SWT mentaklifkan kewajipan zakat hanya kepada harta yang telah memenuhi syarat-syaratnya. Harta yang berada di tangan pemilik hanya dikenakan zakat sekiranya mencapai usia satu tahun (haul) dan melebihi had pengecualian (nisab).

Zakat dikenakan kepada semua jenis harta mengikut kadar 2.5%. Ini bermakna, kewajipan zakat hanya dikenakan kepada mereka yang benar-benar berkemampuan dan ia tidak membebankan pembayar zakat tersebut.

Mereka yang berhak ke atas pembahagian zakat disebut sebagai asnaf zakat. Asnaf telah ditetapkan kepada lapan golongan sahaja. Namun, terdapat beberapa kriteria tertentu yang perlu dipenuhi untuk melayakkan mereka tergolong sebagai penerima zakat.

Perkara ini perlu untuk mengelakkan pembahagian zakat secara tidak adil atau berlakunya eksploitasi. Asnaf-asnaf zakat secara jelas dinyatakan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang terputus bekalan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (at-Taubah: 60)

Sunday, January 10, 2010

Pelajar Cemerlang PMR 2009


Pelajar mendapat 9A PMR 2009
1. Nor Asiah Bt Razali - 3B1
2. Ahamad Arif bin Tajudin - 3B1
3. Wan Afiq Azwan b Wan Othman - 3B1

Pelajar mendapat 8A PMR 2009
1. Nur Syazwani bt Aziz - 3K1
2. Siti Atikah Zafira bt Mohd Razali - 3K1
3. Wan Nur Najwa bt Wan Mohd Sabri - 3K1
4. Sahirah bt Mohd Yusuf - 3K1
5. Nur Azureen bt Ahmad Khalil - 3B1
6. Nurul Nabila bt Mohd Ekzam - 3B1

Tuesday, January 5, 2010

Penawar penyakit hati

KETANDUSAN hati dewasa ini adalah suatu penyakit yang ketara di tengah-tengah masyarakat. Ramai yang susah hati, gelisah, tidak merasa tenteram dan tenang, waima kehidupan mereka disaluti kemewahan dan kemudahan.

Oleh itu, benarlah bagai dikata bahawa kebahagiaan hakiki bukanlah terletak kepada kekayaan harta benda dan kekuasaan namun bertitik-tolak pada hati yang sejahtera.

Malahan kebersihan dan kesejahteraan hati ini sangat penting nilaiannya kepada Allah SWT serta balasan di akhirat kelak sebagaimana yang ditegaskan di dalam firman-Nya yang bermaksud: ...(iaitu) pada hari harta dan anak-pinak tidak berguna, kecuali orang yang mengadap Allah dengan hati yang bersih dan (pada hari itu) didekatkanlah syurga kepada orang-orang yang bertakwa dan diperlihatkan dengan jelas neraka jahim kepada orang-orang yang sesat. (al-Syu'ara: 88-91)

Hati ibarat raja yang mengarahkan seluruh anggota tubuh untuk menurut perintah hati. Malahan di hatilah akan terpancar perasaan suka, duka, benci, marah, gembira, sedih dan sebagainya.

Lantaran itu, beruntunglah manusia yang memiliki hati yang suci bersih kerana dia akan melakukan perkara-perkara yang diredai Allah. Sebaliknya, mereka yang memiliki hati yang hitam, kotor serta dikuasai sifat mazmumah, sudah tentulah mereka sengaja menempah jalan kebinasaan, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Allah SWT mengingatkan di dalam al-Quran: Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggungjawab. (al-Israk: 36)

Ini menjelaskan, hati dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku. Ia ibarat seperti penggembala, di mana dia dipertanggungjawabkan sekiranya haiwan gembalaannya itu rosak atau merosakkan tanaman.

Oleh sebab itulah, menjaga hati menjadi keutamaan kepada setiap manusia supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu yang didalangi oleh syaitan. Ini kerana syaitan maklum, untuk menyesatkan umat manusia, ia masuk menyusup ke dalam hati manusia.

Monday, January 4, 2010

Sekolah Bermula...


Selamat Kembali Ke Sekolah...Para pelajar melangkah masuk ke dalam SMKPC1 dengan penuh bergaya, bersemangat untuk memulakan proses pembelajaran menimba ilmu pengetahuan.

Pada hari kedua, satu perhimpunan buat pertama kali diadakan sebagai pembuka tirai persekolahan bagi tahun 2010.

Wednesday, November 18, 2009

Jamuan Akhir Tahun Staf SMKPC1

Jamuan akhir tahun staf SMKPC1 diadakan di New Horizon Garden Kota Bharu pada 15 November 2009.

Majlis Izin Ilmu




SOLAT HAJAT DI PADANG SEKOLAH

SOLAT HAJAT DI PADANG SEKOLAH

SUDUT ANJUNG WARISAN BUDAYA

SUDUT ANJUNG WARISAN BUDAYA

PK PETANG

PK PETANG
RAHIMI B MAMAT

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PENYELARAS PSS

PENYELARAS PSS

WEB MASTER

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lulusan Sarjana Muda Pengurusan(Kepujian) USM 1989