Hasrat kerajaan untuk menjadikan inovasi sebagai lonjakan ekonomi negara pada masa akan datang mampu dicapai dengan penggunaan aplikasi teknologi maklumat (IT) secara menyeluruh oleh segenap lapisan rakyat.
Cadangan kerajaan supaya pembayar cukai individu diberi pelepasan cukai ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012 adalah langkah yang tepat ke arah itu.
Penggunaan teknologi jalur lebar yang meluas di negara ini akan membolehkan masyarakat menguasai serta mendapatkan maklumat serta memasarkan produk masing-masing melalui Internet.
Pelepasan cukai langganan jalur lebar adalah satu usaha yang baik kerana kita sememangnya menggalakkan penggunaan teknologi yang meluas dalam masyarakat di negara ini.
Sebuah Pusat Inovasi Negara akan ditubuhkan sebagai permulaan untuk menjadikan ekonomi negara ini berasaskan inovasi.
Pusat tersebut akan memberi fokus serta menggabungkan segala kepakaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh universiti tempatan serta sektor perindustrian bagi menghasilkan produk baru.
Kementerian kini meningkatkan lagi kemudahan dan kelengkapan supaya R&D mampu mencapai hasrat itu.
Pusat Inovasi Negara itu, bukan semata-mata untuk penyelidikan tetapi membangunkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (SME) yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.
SME tidak mampu untuk membeli kelengkapan atau kemudahan dalam membangunkan produk baru mereka.
SOALAN MUSIM CUTI PERTENGAHAN TAHUN
14 years ago
No comments:
Post a Comment