SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA 1, JALAN MAKTAB, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN, DARUL-NAIM e-mail: smkpchepa1@yahoo.com Tel: 09-7713840

Wednesday, October 14, 2009

Virus Nipah

WABAK virus Nipah mula dikesan pada 1999 selepas ia menyebabkan penyakit pernafasan dan neurologi di ladang ternakan babi di Negeri Sembilan, Semenanjung Malaysia.

Wabak berkenaan telah menyebabkan 105 kematian manusia dan pelupusan lebih sejuta ekor ternakan babi.

Simptom jangkitan dari wabak virus Nipah di negara ini adalah ensefalitis atau radang otak pada manusia dan pernafasan bagi babi.

Wabak berikutnya telah menyebabkan penyakit pernafasan pada manusia, meningkatkan kemungkinan jangkitan dari manusia ke manusia dan menunjukkan kewujudan jenis virus yang lebih merbahaya.

Berasaskan data seroprevalence dan pengasingan virus, simpanan utama virus Nipah telah dikenal pasti sebagai kelawar buah atau Pteropid fruit bats termasuk Pteropus vampyrus (Keluang) dan Pteropus hypomelanus (Keluang Kecil) yang terdapat di negara ini.

Virus Nipah juga dikesan di Bangladesh dengan kadar kematian mencecah 80 peratus.

Kadar berkenaan hampir menyamai dengan wabak Ebola, sementara Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) hanya mencatatkan kadar kematian sekitar sembilan peratus.

Langkah menghalang penyebaran virus nipah ialah dengan menyaring contoh darah babi bagi mengesan virus Nipah.

Penyebaran virus Nipah dari kelawar kepada babi dipercayai berlaku akibat peningkatan pertindanan antara kawasan habitat kelawar dengan kawasan pemeliharaan babi di Semenanjung Malaysia.

Kajian mendapati di ladang tempat bermulanya wabak terdapat kebun buah yang berada berdekatan dengan ladang babi di mana sisa air kencing, najis dan buah-buahan yang digigit keluang dimakan pula oleh babi.

Kajian retrospespektif menunjukkan bahawa limpahan virus kepada babi mungkin telah berlaku di Malaysia semenjak 1996 tanpa dikesan.

Pada 1998, penyebaran virus banyak dibantu oleh pemindahan babi yang dijangkiti ke ladang lain dan memulakan wabak yang baru.

Hasil penyelidikan yang dijalankan mendapati virus Nipah boleh dihalang dengan dua cara.

1. menghalang proses replikasi
2. memusnahkan sel yang dijangkiti

Kajian menggunakan analisis bioinformatik dapat mengesan sehingga tujuh jenis protein yang terlibat dalam replikasi virus.

Oleh itu kajian yang dijalankan akan diteruskan bagi mencari bahan yang boleh menghalang atau membantutkan replikasi virus daripada berlaku.

No comments:

SOLAT HAJAT DI PADANG SEKOLAH

SOLAT HAJAT DI PADANG SEKOLAH

SUDUT ANJUNG WARISAN BUDAYA

SUDUT ANJUNG WARISAN BUDAYA

PK PETANG

PK PETANG
RAHIMI B MAMAT

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PENYELARAS PSS

PENYELARAS PSS

WEB MASTER

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lulusan Sarjana Muda Pengurusan(Kepujian) USM 1989